Kadang2 memang aku benci dengan dia.
Bukan benci orangnya tapi perangainya. Macam tak serik2. Wahai Encik Agen Rumah. Saya harap awak akan nasihat suami saya cukup2 tentang hasrat dia yang tinggi menggunung untuk membeli rumah privet.
Hairan aku. Sedangkan CPF dia sendiri dah haus. Aku sorang2 yang finance rumah 5 bilik tu. Abih berangan nak beli condo? Siapa nak bayar cik abang oi, kalau tak bini cik abang yang sentiasa taat dan bodoh ni? Selama ni pun aku bagi dia dengar apa yang dia hendak dengar. Seperti?
Dia: You ok ke tak kita go ahead with these?
Aku: (dalam hati) kalau tak ok apa pulak? (aloud) OK
Padahal Tuhan je tau darah nanah dah membuak2 dalam hati ni. Tinggal nak kena muntahkan je. Tak tau bila.
Sebab aku buat perkara bodoh di atas? Kerana kalau aku kata "NOT OK", ceritanya nanti tak akan habis. Mula2 dia kata kenapa? Bila aku explain dia kata explanation aku tak bernas. Tu pun kalau dia bagi aku chance to explain. Kadang2 tak payah explain. Dia buat muka masam. Berhari2 dia merajok. Tu takpe, kalau dah merajok, anak2 aku jadi mangsa. Dia kalau marahkan aku, dia hampuk budak2 tu sekali. Kesian. Selalunya, kalau aku nak avoid this scene, aku akan iyakan je apa dia nak walaupun firasat, naluri perempuan ku kata "Beware!!....Danger!!..Ni Kerja Gila!!". Sebab aku nak dia bahagia. Bila dia happy, he will treat us nicely. Budak2 pun happy. And everybody pun happy. Aku lain. Happy di luar tapi nangis di dalam. All because aku tak nak dia marah2 kat aku and the kids.
Kenapa aku ni bodoh sangat? Ibarat lilin yang menerangi hidop orang lain tapi diri sendiri terbakar?
Incident? Apa incident2 yang berlaku yang mendorong aku tulis kat sini?
1) Dia punya Credit Card
Dulu masa blom kahwin/baru2 kahwin, dia ada apply credit card. Walaupun masa tu dia dapat durian runtuh 30K. Dia lupa yang dia cuma earn 30K pada tahun tu je. Tahun sebelum dan selepasnya dia tak akan earn more than that sebab dia hanya sekadar operator pengeluaran di kilang. Aku tak pernah menghina dia. Aku ikhlas kahwin dengan orang yang rajin, walaupun pelajaran dia tak tinggi. Aku tertarik dengan sikapnya yang penyayang. Aku benci dengan sikapnya yang lupa bila duit ada di genggaman.
Aku cuba nasihat. Dia tempelak balik kat aku. Dia kata dia boleh afford. Bank dah approve. Of course lah bank approve. Your income statement for that year is more than enough. Bank tak tau yang kau dah spend almost all the 30k. How stupid can you be? But no, you wouldn't listen to me. You go ahead. Bila you give me supplementary card and I decline, you said "Kau memang perempuan yang tak sedar untung". Aku masih ingat lagi kata2 ni walaupun 11 tahun dah berlalu.
Memang betol jangkaan ku. Dia tak dapat bayar balik hutang credit card. Dia suroh aku amik loan 10K tutop lobang ni. Tapi dia bukak lobang lain. In the end, mak dia bayarkan 16K for Citibank dan dia kena hampok cukup2 dengan mak dia. Tapi sayangnya, ada lagi credit card yang dia tak declare dengan mak dia, so kena mintak nasihat peguam/penasihat yang tolong settlekan crisis kita dengan bank berkenaan. Last2 pun aku kena bayar duit penasihat tu. Hutang dia dengan bank tu? Dari anak sulung aku umor 3 tahun sampailah kawan tu umor 9 tahun. Baru langsai semua. Dan aku masih lagi kena settlekan loan 10K aku. Siapa yang bodoh? Aku.
2) LGM
Ni lagi satu punya sial. Kita dua orang tengah jalan2 kat Orchard. Kena tahan orang conduct survey. Kena dudok dalam hall abih kena psycho beli rumah kat Austria. Kena bayar duit. Aku tak kisah. Member pakai 3K duit dia dari 30K durian runtuh dia tu. Tapi bulan2 kena bayar $300. Aku dah warning cakap "No". We were co-erced into buying tapi we can always say no and get out. Tapi member termakan taktik sales kotor diaorang. The next day aku gadoh besar dengan dia sampai masok office lambat semata2 aku kata "why are we buying this unit?" Last2 aku terpaksa jugak agree since dia kata dia yang nak bayar bukan aku. Fine.
End up, kita kena tipu lagi bila dorang suroh kita tukar kepada Concepts Vacation, abih ntah apa2 lagi lah. Dari rumah kat Austria, jadik condo kat Australia, abih ntah apa lagi aku pun tak tau end up aku jugak yang kena bayar $350 bulan2 sebab laki aku ni dah takde duit (30K dah habis pun). Empat tahun aku merana dengan LGM sial ni. Satu habok pun tarak. Action konon nak pegi holiday kat Australia. Porah!!. Siapa yang bodoh dalam perkara ni? Aku jugak.
3) Kereta
Ni susah sikit nak argue sebab mula2 aku memang dah kata "No, we can't afford it". Tapi waktu tu dah malam. Anak aku dah tidor dan bila dia dengar aku kata "No", mata dia dah belolok besar dan dia kata "BOLEH!!!". Aku diam je lah. Kang malam2 buta dia loktang, susah jugak aku. Seperti biasa, aku matikan diri. Buat bodoh. Tapi aku research dalam diam. Aku tau kereta bukan sekadar bayaran ansuran bulan2. Kereta kena road tax & insurance. Walaupun setahun sekali tapi kalau tak ada simpanan dan proper planning, mana kau nak korek duit insurance selepuk? Kita sendiri hidop cukup2 makan. Macam mana nak menabong? Tiap2 tahun bila part nak renew insurance dia pikiran. Nasib baik aku ada bonus tengah tahun. Dulu insurance boleh bayar ansuran tapi sekarang dah tak boleh unless paid by credit card. Tu baru soal insurance. Belom lagi soal carpark, coupon OPC, saman, servicing, tukar tayar dll.
Aku mengaku kereta tu memang banyak berjasa kat aku. Semasa aku nak beranak dulu pun dia yang tolong aku hantar pegi hospital. Aku boleh pergi menziarah dengan kereta tu. Memang berguna. Dulu memang kita boleh settle sebab laki aku kerja tetap. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ni, rasa2 macam aku je yang kena korban tiap2 kali soal insurance kereta muncul.
4) Credit Card Si Bodoh
Ni kali aku yang betol2 bodoh. Dia suroh aku apply. Aku ikotkan sebab aku tak nak anak2 aku merana kalau bapak dia marah2 kat aku. Kerana gaji dah lebih 30K setahun, aku terpaksa akur. Dengan berat hati, aku apply. Dalam hati ni cakap "Woi Bengang!! Tak serik2 ke?!!! Siapa nak tolong kau kalau kena bayar balik hutang2 ni? Mak dia dulu banyak duit boleh tolong dia. Mak bapak kau mana ada duit nak tolong kau?" Suara hati aku lancang mengherdik tapi sebab aku takotkan laki aku, terpaksa aku turutkan.
Memang dari luar aku nampak happy sebab aku suka kalau dia happy. Dia juga promise nak tolong aku settle. Oh waktu tu dunia dia yang punya. Pergi holiday, belanja, jalan2, happy2. Sebab aku cuma tinggal "sign je". Bila duit dah habis, bill dah masok, mulalah menggelabah. Siapa kena settle hutang2 ygn mencecah 20K lebih? Ya...si Bodoh ni jugak.
5) Teksi
Lima tahun yang lalu, masa anak kedua aku baru umor setahun, dia belajar amik lesen teksi. Memang tekun. Aku suka kalau dia tekun dan bersungguh2 buat sesuatu. Tapi aku tak tau yang I have to bear the consequences. Tup2 dia kata dia nak jadik cabbie full time. Aku terperanjat berok sial.
Cabbie? Full time? Kalau kerja production sekurang2nya ada MC, ada Cuti, ada CPF. Ni full time cabbie apa ada? Aku diam je. Tak banyak songeh sebab aku tau kalau aku bukak mulut memang perang besar. He is aware that I am not happy. Dia sendiri bilang aku yang dia perasan yang aku "tak berapa suka". Sekali lagi aku diam. Tak kuasa nyah. Lagipun aku try to think positive. Apek2 teksi driver anak2 dorang pergi university. Bini dorang tak kerja. Kawan aku sendiri adek bradek 5 semua kerja kencang2, abang dia pilot kapal terbang lagi semua hasil titik peloh bapak dia yg bawak teksi. Lagipun laki aku convince aku pasal peak hour, perancangan masa dan macam2 lagi. Lagi best dia kata dia boleh bawak balik 2K sebulan. Wow!..2K eh.. orait ar.
Tapi sebelum tu, boleh tak aku pinjamkan $500 untuk dia bayar deposit teksi? Nanti dapat duit kicap dia bayar balik lah. Aku memang tak pernah harap dia bayar balik so aku kira $500 tu burn suah lah. So, isteri yang taat setia ni hulurkan lah $500 deposit. (Memang betol, dia tak bayar balik pun)
Bulan pertama ok. Dia rajin sebab excited lah katakan. Semangat berkobar2. Hidong kembang kuncup dapat pegang cash in hand. Tapi seperti yang aku jangkakan, laki aku sekali lagi cuma nampak luaran. Dia lupa teksi ni kena tolak duit sewa dan duit minyak. Kita kena rajin sebab kalau ikot office hour, memang tak cukup. Dia kata dia letih bawak lama2. Memang to be fair, aku tak paksa dia kerja terok2. Pas tu dia kena hospitalised. Bukan sekali tapi dua tahun berturut2 dia kena tumbuhan yang sama kat kelengkang dia. Kalau dah hospitalised, kurang2 tiga minggu baru boleh bawak teksi. Dalam 3 minggu tu aku anak beranak makan sop je lah. Tapi aku bersyukur sekurang2nya aku masih ada lagi income untuk tolong settlekan mana2 yang tak cukup.
Dah 5 tahun laki aku bawak teksi. Tiap2 kali dia tukar teksi kena bayar deposit dan tiap2 kali tu jugak aku kena sponsor. Tu takpe, CPF dia dah kering. Medisave sekarang kena top-up lagi 2K. Aku sorang2 kena finance rumah HDB tu. Abih bill Api Air, Cable, Internet, Telephone, Service and Conservancy, Handphone dah mula belonggok tak boleh settle sebab kalau harapkan gaji aku memang tak cukup. Tu blom masok bill credit card aku. Tapi pantang nenek moyang dia kalau aku complain. So aku telan je. Dah lah tu, rental teksi pun dia tak bayar sebab nak bayar benda lain. Last2 aku jugak kena cover bayar dia punya teksi rental. Ayat yang dia paling pantang dengar "You tak bawak teksi niari?". Awas kalau tersebut ayat tu pada hujung minggu. Confirm loktang punya.
Aku takot nak nangis depan dia sebab dia kata nak bunuh diri. Gila kan? Kalau nak bunuh diri apasal nak babitkan bini dengan anak2? Kau yang pandai2 buat decision tak pikir masa depan abih nak commit suicide sama2 konon. Fucking bullshit lah. Nak sangat mati sesat?
So aku pikol lah semua ni sorang2. Nangis sorang2. Stress sorang2. Dia tak perlu tau. Siapa yang bodoh? Aku jugak.
6) Sewa
Sekarang ni aku anak beranak dudok merempat. Sewakan rumah pindah rumah mak bapak aku konon. Mula2 ok lah. Tapi bila mak bapak aku mula tak happy dengan ke'malas'an dia, dan buat muka masam, dia dah tak happy. Dia demand kenapa mak bapak aku camni. Dipendekkan cerita end up aku tinggalkan keluarga aku demi suami tercinta dan dudok kat JB. Tapi masalah tetap tak settle. Anak aku sampai quit madrasah sebab tak bayar fees. Yuran kindergarden anak bongsu aku pun dah 2 bulan tertunggak tak settle.
Abih dalam perot ni ada lagi satu nak keluar. Aku bingung. Perasaan aku tertekan. Aku marah, sedih, geram dengan keadaan aku sekarang. Sampaikan aku tak terpikir langsong nak beli baju baby. Seluar aku yg dah sendat aku terpaksa tampal dengan stokin anak aku kat bahagian pinggang sebab tak mampu nak beli seluar maternity. Nak beli suar dalam pun pikir 10 kali. Aku takot tak cukup duit.
Laki aku tetap dengan sikap dia. Dia akan bawak teksi tapi bila aku gaji, dia slack. Bila nak dapat duit kicap $400, dia slack. Bila duit sewa rumah masok, pun dia slack. End up 70% of our income pegi kat duit rental teksi dia. Cam ni bila nak game?
Aku dah bosan. Ikotkan hati memang aku nak lari bawak anak2 aku. Tapi pikir2 balik, dia memang suami yang baik. Dia pandai amik hati aku if he make the effort. Dia sorang je yang nak kan aku sebab jantan2 keparat lain tak nak. Dia baik dengan anak2 aku. Cuma sifat pemalas dia ni yang aku tak boleh angkat. Oops "pemalas" tu tak boleh cakap kuat2. Pantang.
--------
Aku dah penat. Dah tak larat nak bergadoh lagi. Sekurang2 nya keturunan aku perempuan2nya tak hidop sampai 70. Dia punya lain. Dah 90 pun masih liat tak mau gol2. Dah nasib aku macam gini. Dah bahagian aku kat sini. Kerjalah aku sampai dapat CPF yang tak seberapa sen tu. Hidop si Bodoh tak mencapai impiannya dan mati terbongkang cam tu je. Kerja macam nak mampos untuk kesenangan orang lain. Tapi takpelah, at least dia happy sebab dapat bini bodoh yang tak banyak songeh...