Ann kerap juga kerumah besar itu untok menolong Mak Longnya yang
bekerja sebagai pembantu rumah disitu. Aunty Suzy terima kehadiran gadis
keletah itu yang suka bermain dengan anak bongsunya, Husna. Dia bebas
keluar masok rumah itu, walaupun dia sedar siapa dirinya dan hanya menggunakan
jalan dapor sahaja.
Suatu hari, semasa asyik ralit menari didapur sementara menunggu
asam pedas mendidih, dia pusing dan bertembung dengan Azly, si anak sulong
berwajah "serious" yang baru pulang dari kem perkhidmatan negara.
Kerana terlalu malu sebab ditangkap "bermain" semasa memasak,
dia lari dan menyembunyikan dirinya di bilik Mak Long.
Semasa curi-curi keluar dapor untuk pulang kerumahnya, Azly
memeranjatkan dia sekali lagi dan tanpa sengaja, dia telah tersepak muka Azly
dengan buku nota dia. Itulah kali terakhir mereka bertemu dan dia berdoa
yang dia tidak akan bertemu Azly lagi. Dia tidak tahu dimana nak sorokkan
muka dia kalau bertemu "si muka serious" itu lagi.
Sepuluh tahun kemudian, Aunty Suzy jodohkan Ann dengan Azri,
putera keduanya. Ann hanya menerima kerana rasa hormat dan terhutang budi
dengan Aunty Suzy walaupun dia tidak cintakan Azri yang candi dan baik
kepadanya. Seminggu sebelum diijabkabulkan, Azri berubah sikap dan seperti acuh
tak acuh dengan Ann.
Pada hari perkahwinan, Azri melarikan diri. "I couldn't
do it. I'm deeply sorry". Itu sahaja nota yang ditinggalkan
buat bakal isteri. Malam sebelumnya, dia
telah meluahkan perasaan sebenarnya pada abangnya Azly yang tidak mengambil
endah dan hanya menganggapnya sebagai darah gemuruh. Ya, Azly pulang sementara
dari Australia setelah beberapa tahun menguruskan syarikat bapanya disana
sebaik sahaja tamat pengajiannya di bumi Oz itu. Walaupun perit memikirkan gadis yang dia
"pandang sebelah mata dulu" akan dikahwinkan dengan adiknya sendiri,
dia kemas menyimpan perasaannya jauh dilubuk hati.
Aunty Suzy hampir pengsan dengan "kehilangan" Azri.
Azly mengambil tempat pengantin lelaki untuk menyelamatkan maruah
keluarga. Ann, dalam kekalutan dan tidak mahu keluarganya malu, terima
sahaja walaupun dia marah dengan perbuatan Azri dan jengkel dengan keselambaan Azly.
Dia tersentap tatkala memandang wajah Azly dan mula rasa 'semacam’' bila Azly
tenung dia seperti waktu "insiden asam pedas" sepuluh tahun dahulu.
Majlis berjalan lancar dan hanya keluarga terdekat sahaja yang
tahu perihal pertukaran pengantin lelaki.
Malam itu, Azly menyampaikan kisah sebenar walaupun dia tahu dia hanya
akan melukakan hati isterinya:-
Azri telah putus cinta dengan Sarina kerana bapa Sarina tidak suka
dengannya. Bapa Sarina anggap dia hanyalah anak orang kaya yang suka
berfoya-foya. Azri tidak dapat hubungi Sarina yang tiba-tiba lenyap dari
muka bumi.
Aunty Suzy jodohkan Azri dengan Ann kerana ingin melihat Azri
kembali ceria. Dalam kebuntuan, Azri setuju kerana dia hormatkan ibunya
dan kecewa dengan sikap Sarina yang seperti tidak mahu mempertahankan cinta
mereka.
Seminggu sebelum dinikahkan, Azri mendapat tahu yang Sarina berada
di Cairo untuk menyambong pelajarannya dan sedang cuba untuk melupakan Azri
apabila dia mendapat khabar yang Azri akan dijodohkan dengan gadis pilihan
ibunya.
Azri nekad untuk mencari Sarina. Dia sukakan Ann yang selalu
menceriakan hatinya tetapi dia terlalu sayangkan Sarina, cinta pertamanya.
Ann keliru kerana dia sepatotnya marah dengan huru hara yang
ditimbulkan Azri, tetapi kenapa hatinya terusik apabila pertama kali memandang
wajah sayu Azly pada malam itu?
Azly tidak sangka adiknya akan lari di hari perkahwinan sendiri
dan menyesal kerana tidak memujuk Azri walaupun dia lega kerana akhirnya
memiliki gadis yang menari di dapor ibunya 10 tahun yang lalu. Masalahnya
sekarang, adakah Ann mempunyai perasaan yang sama? Bolehkah Ann memaafkan
Azri dan menerima Azly si abang yang telah disepaknya dahulu?
No comments:
Post a Comment